Sunday, 21 April 2019

MATANYA KETAKUTAN


MATANYA KETAKUTAN

Track 2


Lagu   : Othsaimi Othman
Lirik    : Othsaimi Othman / Band Brothers Solah
Artis    : Band Brothers Solah (TwoBS)
1.    Firdaus Ziyauddin
2.    Aiman
3.    Othsaimi Othman



Apa yang kita lihat di sana
Korban jiwa darah mengalir
Jadi mainan dunia
Membunuh jiwa tanpa rasa bersalah
Demi nafsu serakah yang menjadi tuhannya

Mengapakah kejamnya sifatmu manusia
Demi kuasa sanggup berdosa
Lihat itu anak kecil matanya ketakutan
Mengharap darimu secebis kasihan


Kekejaman…
Kemusnahan…
Hentikan peperangan…
Sengketa…
Oh… sengketa…
Janganlah bersengketa…


Ooo… ooo…
Sengketa…
Oh… sengketa…
Janganlah bersengketa…











*** LIRIK TAMAT ***

INTANNYA PERJUANGAN


INTANNYA PERJUANGAN

Track 4

Lagu   : Othsaimi Othman
Lirik    : Rostam Malik
Artis    : Band Brothers Solah (TwoBS)
1.   Firdaus Ziyauddin
2.   Aiman
3.   Othsaimi Othman


Bak derasan air yang mengalir
Terus mengalir tanpa berpatah
Bak hijau daunan yang segar
Terus mewarna tanpa lelah

Bak kukuhnya sebuah bangunan
Terus memasak tanah tanpa punah
Begitulah ibaratnya perjuangan
Menggalas tugas Nabi junjungan

Perlukan semangat adab dan setia
Jalan terus tanpa menoleh lagi
Satu saf sederap terus istiqamah
Intannya perjuangan
Jalan yang satu

Solo

Intan perjuangan hidup berjamaah
Intan perjuangan wehdatul fikr
Membumikan juang melangitkan syariat
Genggam bara

Perlukan semangat adab dan setia
Jalan terus tanpa menoleh lagi
Satu saf sederap terus istiqamah
Ayuh! Ayuh! Semua…
Kita berjuang…

*** LIRIK TAMAT ***

LAGUKU BERBICARA


LAGUKU BERBICARA


Track 4

Lagu   : Othsaimi bin Othman
Lirik    : Othsaimi bin Othman
Artis    : Band Brothers Solah (TwoBS)




Tuhanku
Aku tahu engkau bersamaku
Namun aku sering lupa akan dirimu

Walaupun…
Nikmat kurnia dan kasih sayangmu
Kau berikan tanpa rasa jemu

Terlena dibuai gelombang
Badai yang datang tidak ku hirau
Perahuku dihempas badai
Terdampar aku
Di dalam kelemasan

Wahai tuhan ampuni daku
Insan yang sering berdosa
Dunia buat ku lupa
Padamu pencipta sempurna (Aku berserah)

Berikan daku kekuatan
Menongkah arus dan badai
Agar dapat ku kembali
PadaMu tuhan yang agung

BORIA TELEFON BIMBIT


BORIA TELEFON BIMBIT
Track 3

Lagu   : Othsaimi Bin Othman
Lirik    : Othsaimi Bin Othman
Artis    : Soutul Aminin

Boria… Soutu Aminin!
Ha ha ha ha ha boria!

Ayuh kawan marilah kita dengarkan
Nasihat boria kami karangkan
Tajuk istimewa cuba renungkan
Baik dan buruk kita bezakan

Zaman sekarang penuh dugaan
Telefon bimbit jadi keutamaan
Ke sana ke sini jadi panduan
Hidup manusia tidak keruan

Di panggil handphone sebagai gelaran
Jangan terkejut dan hairan
Jauh dan dekat dapat bersiaran
Kadang penghubung sebagai hiburan

Teknologi canggih dan terkini
Cara hidup zaman la ini
Banyak dijual sana sini
Gadget terpenting masyarakat zaman ini

Ke kedai kopi berjumpa rakan-rakan
Ingat nak sembang dan makan-makan
Tapi yang hairan handphone didahulukan
Kawan sebelah termanggu dibiarkan

Al-quran tidak di sentuh semakin sepi
Tidak di baca diletak ke tepi
Tapi handphone sentiasa ada di pipi
Senang nak tengok Youtube dan kongsi resepi


Solat ditinggal hidup tidak berseri
Tersimpan sejadah di atas almari
Hanya belek handphone setiap hari
Syaitan di minda tak mahu lari

Berpadalah kawan dengan teknologi
Banyak hal lain yang belum sempurna lagi
Masa yang ada hendaklah dibahagi
Nanti kita juga yang akan rugi

(Boria kami undur diri jumpa lagi)

CERITA MU


CERITA MU

Track 2

Lagu   : Othsaimi bin Othman
Lirik    : Othsaimi bin Othman
Artis    : Harith

Kau ceritakan kisah sedihmu
Agar aku memahamimu
Menemani saat memerlukan
Sedang aku tertunduk kesayuan..

Ku pendamkan…
Segala duka
Agar kau beranggapan
Akulah paling bahagia

Ku masih sendiri
Mengharung sepi
Baki perjalanan
Temanku yang sejati…

Ada masanya kutermenung
Terkenangkan ceritamu
Mengapa akhirnya
aku dipersalahkan
Sedang engkau yang memulakan

Biarlah… jadi kenangan
Tentunya ada hikmah…
Ku doa agar kita terus bahagia
Ku singgah hanya sementara…

PERJALANAN


PERJALANAN

Track 1

Lagu   : Othsaimi bin Othman
Lirik    : Othsaimi bin Othman
Artis    : Danial


Telah tertulis perjalananku begini
Menelan susah pahitnya hidupku
Mencari ketenangan padamu tuhan
Sebelum berakhir kisah ku ini

Tidak ku kesali apa yang terjadi
Suratan yang telah dijanjikan
Meneruskan kehidupan selagi bernyawa
Tuhanku beriku kekuatan…

Selagi ada selagi terdaya
Meneruskan bicara lara
Andai terputus ikatannya cinta
Janganlah engkau kecewa… ooo…

Hidup ini tak selalunya indah
Pelangi cerah tak selamanya
Mengharap rindu diperjalanan
Itu lumrah kehidupan…

Awan mendung turut berlalu
Bila tiba saat yang ditakdirkan
Bersyukur padamu tiap waktu
Rahmat tuhan ku nantikan… 2X